Salehuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh

 Assalamualaikum. Ada hikmah besar yang aku dapat di Sem 2 yang lepas. Dalam subjek Sejarah Islam aku telah mempelajari tentang sejarah dua orang tokoh Islam yang agung. Salehuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sultan Salehuddin Al-Ayyubi. Dunia Eropah menggelar beliau 'Saladin' 

 Salehuddin Al-Ayyubi merupakan tokoh yang membebaskan Kota Baitulmuqaddis dari cengkaman Tentera Salib. Antara dua tokoh ni, aku lebih berminat Sultan Muhammad Al-Fateh. Tak dinafikan dua tokoh ni amat aku salute.

Muhammad II atau dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh
 Digelar Al-Fateh kerana berjaya membuka Kota Konstantinopel selepas 800 tahun. Aku amat kagum dengan Muhammad II kerana dalam usia 19 tahun telah menjadi pemerintah Turki Uthmaniyyah dan dua tahun kemudian pada usia 21 tahun berjaya pula menawan Konstantinopel yang kemudiannya dinamakan Islambol. Istanbul sekarang.

 Harap pemuda hari ni dapat contohi kedua tokoh ni. Tak naklah pemuda yang lalai dengan hiburan. Harap korang boleh buat research yang lebih mendalam mengenai dua tokoh, In Sha Allah .

Comments