Posts

Showing posts from June, 2013

Impian dan harapan

Image
Assalamualaikum,Harith Ariffin sini.Saya dalam dilema sekarang.Dilema kenapa?Dilema untuk memilih sama ada menjadi malas atau rajin.Faham apa maksud saya?Saya sedang beusaha untuk bangkit dari sifat malas.Kadang-kadang saya selalu berdoa supaya Allah buang sifat malas dalam diri saya.        Tapi kalau doa tanpa berusaha tak guna juga kan?Tak lama lagi SPM hampir tiba.Saya ada impian yang besar dalam peperiksaan ini.Saya mahukan 10 A .Tapi saya tahu,dengan sifat macam ni,apa pun tak boleh jadi.  Tapi saya juga tahu,tak lama lagi saya akan bangkit juga dan buat ibu bapa saya bangga! Allahuakbar. -Semoga jadi,Boleh,boleh,boleh!

Nukilan Hati,Pengubat Rindu,Pencarian Inspirasi

Image
Assalamualaikum.Saya Harith Ariffin Bin Asmadi.Tahun ini saya akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Doakan saya sahabat.Saya akui saya malas belajar.Saya masih tercari-cari inspirasi untuk bangkit.Di sekolah rendah dahulu,pelajaran saya boleh dikatakan agak baik juga.Tapi itu dulu.  Saya mahu membantu keluarga saya,jadi saya kena berjaya.Masih mengharapkan sumber inspirasi :( -Ya Allah bantulah hamba-mu ini....Assalamualaikum

Ucapan Aluan Tuan Blog 2013,Sidang Media Tak Rasmi

Image
Assalamualaikum.Memang dah jarang update blog sekarang.Sibuk dengan Facebook je.Hehe,keadaan akan berubah.Tapi ianya akan berlaku sama ada dalam sekelip mata atau memakan masa yang lama.  Tahun ni saya akan menduduki peperiksaan besar yakni(ceh,ayat...)Sijil Peperiksaan Malaysia ! Jeng jeng jeng.Takut tak?Saya lagi lah takut.Tapi apa2 pun,kita tetap kena berusaha! Akhir kalam,ini kata-kata peransang saya, BOLEH,BOLEH,BOLEH! Assalamualaikum :)